Wednesday, February 16, 2022

Kerjaya Di Bidang Takaful

Kerjaya sebagai agent takaful adalah suatu kerjaya yang sangat menguntungkan dan bermanfaat bagi orang yang mengetahuinya. ‘bidang Takaful adalah Lubuk Emas’. Tetapi, malangnya masih ramai yang tidak nampak potensi kejayaan dalam bidang ini. Takaful adalah suatu perniagaan bukanlah pekerjaan (bekerja untuk majikan). Jadi bila kita tengok dari sudut perniagaan baru kita tahu keindahannya. Maksudnya Dalam perniagaan,  lebih besar usaha kita, lebih baik perancangan kita, lebih mantap pemasaran kita- Insyaallah lebih besar pendapatannya. Tetapi dalam pekerjaan (bekerja untuk majikan), Lagi rajin kita kerja lagi untung Majikan kita, kita akan mendapat pujian dan setahun sekali bergantung pada performance (performance-based-indicator) kalau tak buat problem baru gaji akan naik. Itupun hanya kalau, kita menang dalam ‘politik dalaman’.


Apa yang perlu dilakukan oleh seorang Perunding Takaful;

Activiti yang paling penting dalam mana-mana perniagaan adalah mencari pelanggan. Dan, pada satu tahap pelanggan akan cari produk. Industri ini sama seperti industri perniagaan yang lain iaitu mendapatkan pelanggan atau  ‘client’ (peserta takaful) dan juga memberi khidmat Takaful kepada client kita sama ada individu atau syarikat. Apakah khidmat takaful?-iaitu memberi servis jika client kita seperti membuat tuntutan, membantu pembaharuan sijil takaful, membantu jika ada sebarang perubahan pada sijil takaful atau khidmat nasihat. Itu antara perkara yang perlu dilakukan oleh seorang perunding Takaful.

Disamping itu perunding atau agent takaful secara tidak langsung akan :

1- Memperkembangkan muamalat Islam.

2- Menerangkan konsep Takaful iaitu konsep tolong-menolong yang mana dapat                  menggalakkan Amal Jariah dalam masyarakat.

3- Menentang amalan Riba di mana konsep insuran conversional adalah berunsurkan Riba.

Kalau kita berjaya melaksanakan ketiga-tiga perkara di atas, Insyaallah banyak pahala yang kita akan dapat, tapi hanya jika diniatkan untuk mencari rezeki yang halal dan lillahi taala.

Semakin besar usaha kita dalam takaful, Insyaallah semakin besar ganjaran yang akan diperolehi.

Bagaimana pula bayaran komisen yang diterima oleh seorang Agent Takaful ? komisen agent takaful berdasarkan jumlah jualan yang dibuat, semakin banyak jualan semakin besarlah komisen yang akan diterima dan komisen ini tiada had. 

1) Komisyen jualan

2) Bonus Jualan

3) Bonus skim (jika anda diterima sebagai agent yang mengikuti program skim syarikat)

4) Bayaran contest bulanan syarikat.

4) Insentive percutian ke luar negara.

Dan, jika anda join agensi yang betul (mengikut perspektif anda)… Anda akan dapat team yang best. Team yang membantu dan leader yang boleh diajak minum kopi sama-sama dia belanja plak tu.

Berminat ?? 

Hubungi saya Afzariq Faizal Anwar 013-361 6680

No comments:

Post a Comment